Showing posts with label Humour. Show all posts
Showing posts with label Humour. Show all posts

Monday, May 12, 2008

Kenali Wang Palsu


Jika dilihat dengan sinaran ultra ungu, memang nampak perbezaan diantara wang asli dan wang palsu.


Jelas ker x perbezaan wang tuh?


Reflection dier blur sket sebab diorang menggunakan bahan yang murah untuk manghasilkan wang palsu nieh. Boleh dilihat juga kedudukan perkataan "50" memang berbeza.


Seperti yang kita tahu bahawa pelangi mempunyai 7 warna. Jadi, jangan terpedaya dengan warna daripada reflection nieh sebab dier buleh jadi warna yang sama.


Aku sebenarnya xtau binatang aper nieh. Tapi yang aku tau pun dekat egypt ada la binatang nieh. Untuk wang kertas asli, kepala binatang nieh akan menghadap ke kiri.


Selain kepala dier menghadap ke kanan, light reflection dier pun xclear sangat.


Nombor siri mempunyai reflection, this is original!


Xde pun light reflection..

Note Verification - RM 50 / 2nd update

Dear all,

Refer to 'Shi Hwa' newspaper - dated 19-4-2008, most of the fake note RM50 found at Lahad Datu started from serial number '529' or '530'. Please communicate with sales representative and cashier a.s.a.p.
Fake Note (Version 2)


Dah baca dekat atas tuh kan? Paham kan? Xpayah la aku nak explain



*Credit To a_pitx from asscrewz

Tuesday, May 6, 2008

Cara-cara Pemakaian Tudung Moden


Cara-cara pemakaian tudung.

1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)

5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com
Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."

Thursday, March 6, 2008

Teka Teki Sengal

teka teki

Teka-teki :HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .

Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :SELUAR DALAM LERRR

Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...

Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :kotak penaltilah wawawa

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !
Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !

Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .)
Jawapan : mata lah jawapan nyer...

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?
Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.

Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY

Teka-teki :scorpion kaler apa?
Jawapan :kala jengking la..

Teka-teki lm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip
Jawapan :kerani

Teka-teki :Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri

Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :sbab tak hujan