Saturday, May 31, 2008

Set Up Linksys Wireless G Print Server

Hyez all. Sebagai pembuka tirai untuk entri kali ini. Aku kasi korang exercise minda dahulu. Ok! Dah sedia ker? Sebenarnya aku dah nak termuntah tengok gambar nieh. Xper la. Aku share dengan korang.



Soalan Addmath daa.. Ahaha. Hidup aku semakin tensen apabila menerima soalan add math yang datang bertalu-talu tanpa diundang. Aku pasti ramai orang yang ader sangkut sket dengan add math nieh. Kalo xde yang sangkut tuh. Anda dilahirkan perfect tidak normal. Baka kurang baek agaknyer. Ehehe.

New Myspace Acc With New Look

Lama jugak aku xinvolve dengan dunia myspace nieh. Selalunya myspace aku gunakan untuk wat keje jahat. Best plak aku dengan myspace nieh. Boleh wat kawan. Then boleh cari menantu untuk mak aku(nieh bahaya sket, xnk arr aku wat.. Nak kena pelangkong?).

Screenshot Myspace Aku



Untuk ke myspace aku. Sila klik link nieh http://www.myspace.com/z_rulez. Ehehe.

Set Up Linksys Wireless G Print Server (WPS54G V. 1)

Akhirnya dah setel gak masalah print server nieh. Arituh bapak aku dah beli dah print server nieh, tapi ada masalah wireless. Wireless is not working! Mengong nyer dealer kasi unit yang rosak. Pastuh diorang repair sendiri plak. Biar jer lah. Janji printer XEROX 203 A aku berfungsi dengan elok. Best jugak dapat print server nieh, xpayah lah susah2 aku keluarkan daripada kotak setiap kali nak gunakan. Untuk makluman semua, aku dah lama beli printer nieh. N dah banyak kali guna, tapi xselalu la.. Sebab tuh masih berada didalam rahim kotak.


My Wireless Print Server

Aku access internet menggunakan wireless yang terdapat dekat rumah aku. So, kalau ader sesaper yang nak internet free.. Datang la rumah aku. Ehehe. Walaupun aku hanya menggunakan desktop komputer, tapi ader wireless card. Sempoi la bagi aku. Bila la nak beli laptop? Kena tunggu aku keje nanti kot.

Proses Membuang Kotak2 Semasa Set Up Print Server nieh.

1. Mula-mula keluarkan printer daripada kotak. Dan campakkan kotak tadi untuk dijual kepada mat keling.



2. Buang plak kotak print server tadi tuh. Xkan nak simpan wat bekas nasi lemak plak..



3. Selesai!

0 Komen: