Thursday, February 28, 2008

Panduan Asas Membaiki Komputer Peribadi

Got This From Apok Eversite Web. Thanks Bro.

1. Kenalpasti masalah pada sistem.
Periksa sama ada masalah berlaku berkaitan dengan perkakasan atau sistem pengoperasian ( virus, spyware ) atau perisian dalam komputer.

2. Bersihkan habuk yang terdapat pada perkakasan komputer pengguna (kipas, kad grafik, motherboard, hardisk, CD drives, dsb).

3. Cuba betulkan fail sistem pada sistem pengoperasian (regedit). Jika tidak boleh dibetulkan atau repair, maka format bagi sistem dilakukan.

4. Salinan pendua (backup) bagi data pengguna dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti format dijalankan.
Data pengguna boleh dipindahkan dan disimpan di dalam DVD-ROM atau External Hardisk.

5. Format PC dilakukan, bina partition sekiranya perlu dan kemudiannya install sistem pengoperasian yang baru.

6. Install driver motherboard, kad grafik, modem, mouse, monitor dan sebagainya.

7. Install perisian Aplikasi, Utility dan Antivirus. Scan keseluruhan komputer dilakukan.

8. Melakukan SCANDISK(menyemak bad sector), MSCONFIG (melarikan program yang perlu sahaja)
dan DEFRAGMENTATION(untuk menyusun kandungan fail).


Perisian Biasa

-Microsoft Office 2003@2007 / Open Office
-Adobe Acrobat Reader 7 / Foxit Reader
-Winrar / Winzip / 7zip
-Klite Mega Codec 134 / KLite Codec Pack
-ACD See 3.0 / Picasa
-PrimoPDF (convert fail kepada pdf)
-Antivirus (Kerpesky / PAV 1.6 Beta)
-Yahoo Messenger / Skype / Pidgin
-Nero 7
-FLV Players
-save2pc (Perisian percuma untuk memuat turun video dari Youtube atau Google dan menyimpannya dalam format .avi / .mpeg / .flv ke dalam komputer anda)
-CCleaner 2.00

Perisian Advance

-Adobe Photoshop 7.0 / CS
-3D Max
-Sketchup
-Autocad
-Macromedia
-Lime Wire / Bitcomet
-Google Earth
-HijackThis 2.0.2

Perisian yang portable (boleh dimuatkan dalam thumbdrive) boleh dapatkan di :
http://portableapps.com/apps

Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus :

1. Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang
berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya
seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda.
Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda,
mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk
melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager
supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

3. Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail.
Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk
melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

4. Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru.
Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.

6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen.
Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak.
Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan
fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

Remove WGA

This is the software that can remove wga.

Click HERE to download.

This software removes wga notification. Hope you like it.

Password is : zackrulz.blogspot.com

Saturday, February 23, 2008

Windows XP vo0Xp v2-StyLOo-

Tadi surf pye surf aku adala jumpa satu winxp yang cantik la jugak. Aku sekarang menggunakan winxp biase jerk. Aku cadang nak tukar kepada Win XP XCode. Hacker Version. HDD aku pun hampir penuh. so, aku cadang nak buang jerk XCode tuh. Pkai winXP vo0Xp.

Nieh aku kasi screenshot WinXP vo0Xp. Korang tengok n nilai sendiri. Pada pendapat aku, winXP nieh adalah winxp yang xmenggunakan ram yang banyak. Selepas fresh install bru jerk 80MB ram yang digunakan berbanding dengan winxp biasa yang banyak menggunakan ram. Jadi, aku syorkan kepada korang supaya menggunakan winXP nieh.

winxp vo0Xp

Aku belum mencuba lagi winxp nieh dan aku tidak tahu berapa space yang diperlukan. Jadi, apa kata kalau korang mencuba dahulu. Winxp nieh passes WGA dan sudah diaktifkan. Jadi, korang xperlu susah payah fikir mcmmana nak activate winxp nieh. CD key juga tidak diperlukan dan mempunyai update yang terbaru.

winxp

Ini adalah software2 yang telah diinstall bersama2 windows nieh. Jadi, korang xpyh la susah2 nak d/l dari windows update or download dri mna2 sumber.

-Windows Media Player 11.
-Internet Explorer 7.
-Windows Live Messenger 8.5.
-Flashplayer.
-DirectX 9.
-The Drivers you need!!
-Every Keyboard layout on the desktop.

Drivers pula mempunyai database driver2 yang terbaru. Aku pasti rmai yang mempunyai masalah driver dengan hardware bru. Korang try la dahulu. Pastuh pasangkan hardware2 yang terbaru seperti graphic card. Mungkin dlm database driver nieh mempunyai driver2 ter 'latest'.

DRIVERS:
Many drivers from driverpacks.net are included:

DriverPack Chipset
DriverPack CPU
DriverPack Graphics A
DriverPack Graphics B
DriverPack LAN
DriverPack MassStorage
DriverPack Sound A
DriverPack Sound B
DriverPack WLAN

Dibawh ini adalah link2 download melalui rapidshare. Sila guna HJSplit utk combined semua part2 windows nieh. Klik SINI untuk memuatturun software HJSplit.

Link Download:
http://rapidshare.com/files/93943507/vo0Xp_2.0.iso.001
http://rapidshare.com/files/93944416/vo0Xp_2.0.iso.002
http://rapidshare.com/files/93944893/vo0Xp_2.0.iso.003
http://rapidshare.com/files/93945299/vo0Xp_2.0.iso.004
http://rapidshare.com/files/93945653/vo0Xp_2.0.iso.005
http://rapidshare.com/files/93946019/vo0Xp_2.0.iso.006
http://rapidshare.com/files/93946417/vo0Xp_2.0.iso.007
http://rapidshare.com/files/93946561/vo0Xp_2.0.iso.008

Have Fun with this another mod of WinXP. 9 dari 10 pakar dimalaysia mengesyorkan anda menggunakan WinXP vo0Xp ini.

winxp vo0xp

Wednesday, February 20, 2008

Google Adsense Pin

"Dikala bulan jatuh keriba, dikala hujan emas melanda, dikala ayam berkokok tak berbunyi, dikala itulah aku menerima pin dari google adsense".


Google Logo

Nak dipendekkan cerita, aku baru sahaja menerima pin kod pengesahan alamat dari google adsense. Arituh aku ada terima email, aku buat derk jerk. Iyelah.. Setahu aku, kalo nak terima kod pin. Adsense earning mesti lebih dari $50. Hentam jelah labu...


Hello,

We've recently sent you a Personal Identification Number (PIN) via standard mail. You should expect to receive it within about 2-4 weeks. Once you receive your PIN, you will need to enter it into your account in order to become eligible to receive AdSense payments. To enter your PIN, simply follow the instructions included with your PIN mailer.

If you do not receive your PIN after three weeks, you may request a replacement by following the instructions at http://www.google.com/adsensenewpin .

Please note that publishers have 6 months from the original issue date to enter their PIN. If you have not entered your PIN within 4 months, we will start displaying Public Service Ads (PSAs) on your web pages. If you have not entered your PIN within 6 months, your account will be disabled and any unpaid earnings will be refunded to the appropriate advertisers. You can learn more about our PIN policy at http://www.google.com/adsense_pin_info .

For additional questions about getting paid, please visit http://www.google.com/adsense_payment_guide . If you prefer a video presentation of this information, we encourage you to watch our Payment demo (currently available in English only), located at http://www.google.com/adsense_payment_demo .

Sincerely,

The Google AdSense Team



Nieh petikan email dari google. Aku dah key in kod pin tuh. I'll receive my payment soon. Baper earnings aku skang nieh? Dirahsiakan buat sementara waktu. Kalo aku tunjuk dkt sini. Sure rmai yang suruh aku blanja makan. Ehehe.. Ada la kemajuan sket.

Susah jugak yerk nak melibatkan diri dgn internet marketing nieh. Yang pasti. Blasah jerk...

Back

Inilah surat daripada google. This is the second letter than i received from another country. Dlu aku oder CD ubuntu. Skang nieh kod pin nieh plak. Esok lusa cek plak.. Alhamdullillah. Akhirnya ader la kemajuan sket dari xde.


Doakan aku berjaya dgn google adsense nieh kwanku skalian. Leh la aku angkat LC sbijik. Idam motor tuh xde guna jugak. Kena ada semangat nak cari duit beli motor. Kalo nak beli motor hutang aku dah leh amik dah LC nieh. Tpi hutang2 aku xsuka arr. Mlas fikir bulan2.. Ye lah. Aku kan student lagi.

Yamaha 135 LC Spark

Inilah Yamaha 135 LC Spark. Buatan Thailand kalo xsilap aku. Sempoi x? Mmg cun kan? Lc convert to Superbike. Tayar besar. Sit tukar agknyer. Buleh duduk sorang jerk. Xleh 'menarik' arr.. Huhu. Tgk mmg cun. Aku yang xde duit nak bli nieh lagi pening kepala. Which one should i buy first. N77 dah reject. 135 LC ngan hosting jerk yang blom reject. Tapi, aku rasa patut aku beli hosting dlu. Kembangkan web adsense aku.. Kalo nasib aku baek. Bulan2 leh dpt cek. Ch0w Cin Cau~!!

Sunday, February 17, 2008

Panduan Perniagaan Lintah

Lintah
*By Suhail From Blog Modelniaga.

KITA mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di sebalik semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan moden.

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia.

Lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinali dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. dikatakan,setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik.

Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini adalah sejak abad pertengahan lagi. pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti

setengah gergaji yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6 bulan).

Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15 unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung “penisilin”.

Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak, dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan.

Kemampuan lintah ini menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.

Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.

Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.

Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad Pertengahan dianggap sebagai leechers. Orang Teuton (Jerman kuno) mengartikan leech hampir sama artinya dengan kata “penyembuh”.

Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat tangannya.

Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia.

Menurut pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit.

Model perniagaan lintah dalam rawatan moden

Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada segolongan usahawan yang mengusahakan projek lintah ini. Terdetik dalam hati saya bahawa model perniagaan lintah ini mampu memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya
dan sentiasa ada “supplier”. Saya mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang saya ambil di forum-forum dan saya satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan saya akan update dari masa ke semasa
dan saya harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali ini. Dalam penternakkan lintah ini saya ingin menekankan beberapa aspek penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

Keperluan Tanah dan Iklim

Penyediaan Tanah

Kualiti air

Penternakan

Penjagaan dan Pemakanan

Pemasaran

Harga bagi induk boleh mencapai sekitar RM 300.00/kg tidak termasuk kos penghantaran. Benih pula berharga sekitar RM0.60/ekor. Makanan bagi lintah ialah darah. oleh sebab itu belut adalah makanan terbaik bagi lintah. Harga belut adalah sekitar RM20.00/kg. Ini adalah harga anggaran dimana harga anak benih lintah yang ditawarkan sekarang minimum 1000 - 5000 ekor = RM 0.50/ekor dan 5001 ke atas boleh lah dapat dalam RM0.40/ekor

Kos untuk kolam

1. palong konkrit…..RM 80.00 /pcs…..dlm satu palong boleh muat dlm 2000 ekor anak lintah.(palong boleh cari kat hardware)

2. tangki air hitam….RM290.00 /pcs…dlm tu boleh masuk 3000 ekor anak.

3. kolam batu konkrit…RM 2000.00 / kolam….boleh masuk dlm10000 ekor ank>bukak dlm10 x 30 kaki

4. kolam tanah..RM10,000.00 / kolam.

boleh tengok gambar kolam sy kat web site: Klik SINI!

Pembiakkan lintah

Seekor lintah bila matang boleh betelor dan menetas sehingga 350-380 ekor anak dan cara pembiakkan tak susah, bila dia banyak makan lagi cepat dia bertelor.

Pemasaran, Syarikat yang terbesar yang mengambil lintah-lintah ini adalah Art Soulist Sdn Bhd dengan cara contract farming, laman webnyer http://www.artsoulistagrotech.com.my. Selain daripada syarikat Art Soulist Sdn Bhd yang satu-satunya company besar yang mengambil lintah-lintah ini, anda juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya. Saya terbaca berita dari Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu lintah dijual RM9.3juta per ton, ini bermakna 1 kg lintah syarikat Art Soulist Sdn Bhd akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka ambil daripada pembekal cuma RM60 per kg.

Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang lintah ialah dalam masa 6 bulan andai anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk mati & penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin). Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau.

Sampai di sini dahulu artikel kali ini mengenai model perniagaan lintah ini. Saya harap ia dapat menjadi rujukan kepada pengusaha lintah dan saya doakan agar industri lintah ini akan kekal selamanya dalam dunia perubatan moden mahupun tradisional.

Sekian, By : Suhail